Total Pageviews

Tuesday, January 18, 2011

Rokok dan Pelajar UTeM

Assalammualaikum sebagai pembuka bicara.

Kali ini saya tidak akan menceritakan apa-apa masalah yang berlaku di kampus, walaupun ada yang tidak mencukupi tetapi tetap menjadi tempat untuk kita menimba ilmu dan pengalaman. Sesetengah masalah yang dialami oleh pelajar tidak dalam sesi pembelajaran di kampus tidak semua datang dari pihak pentadbiran saja. Ada setengah masalah itu datang dari pelajar sendiri seperti bangun lambat, kurang mengulangkaji dan pelbagai lagi.

Tapi masalah yang saya ingin bentangkan kali ini datang dari pelajar lain terus kepada pelajar lain. Rokok.
Telah menjadi perkara biasa jika anda seorang pelajar lelaki pergi ke tandas dan ada yang merokok di dalam tandas tersebut. Selalunya pelajar yang merokok tidak akan merokok berseorang dalam tandas tetapi berkumpulan dan mereka merokok dalam kelas adalah selepas tamat satu sesi kelas.Dapat kita semua lihat, puntung rokok dan kotak-kotaknya bertaburan di tepi tandas, terutamanya di tepi tingkap tandas.

Apabila ada satu kumpulan pelajar merokok dalam tandas pastinya akan menganggu pelajar-pelajar lain yang ingin membuang air kecil atau air besar. Selain daripada menganggu keselesaan pelajar lain, perokok-perokok ini juga menambah risiko kepada pelajar lain yang singgah untuk membuang air untuk mendapat penyakit-penyakit yang kritikal seperti barah paru-paru.

Di sini saya ingin menyatakan sedikit sebanyak kesan-kesan merokok pada tahap yang kritikal. Khas saya tujukan kepada semua perokok yang merokok di dalam kawasan larangan merokok tidak kiralah pelajar atau sebaliknya.

CO, Tar, dan Nikotin tersebut berpengaruh terhadap syaraf yang menyebabkan :
  1. Gelisah, tangan gemetar (tremor).
  2. Selera makan berkurang. 
  3. Keguguran.
Tar dan Asap Rokok
  1. Batuk-batuk dan sesak nafas
  2. barah mulut dan barah paru-paru
Nikotin
  1. Berdebar-debar. 
  2. Tekanan darah meningkat serta kadar cholesterol dalam darah.
Sebenarnya, banyak lagi kesan-kesan merokok yang lebih buruk dan lebih teruk dari yang dinyatakan diatas tetapi saya hanya menyatakan sedikit daripadanya.
Disini saya sertakan beberapa link untuk yang ingin berhenti merokok..

1 comment:

  1. nnti ko try design PENGESAP ASAP n then promot kt UTEM...pastu Utem Approve n pasang kt tandas,,,,pastu klau klau tandas detect je asap,pengesan tu akan berbunyi dan akan menghantar signal kt fakulti,then pihak fakulti akan merujuk bhgn tatatertib UTEM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...