Total Pageviews

Saturday, February 19, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI DAN MEMEGANG TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA SESI 2009/2010

  1. Saya dengan penuh rasa gembira dan bangga, ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2009/2010 yang telah dibubarkan baru-baru ini.
  2. Sesungguhnya, tanggungjawab yang dipikul oleh kalian adalah cukup besar dan memberi impak yang besar kepada pembangunan pelajar di setiap kampus masing-masing.
  3. Saya bangga dan gembira dengan MPP IPTA bagi sesi 2009/2010 ini kerana sepanjang khidmat bakti kalian sebagai MPP, pelbagai aktiviti dan penyelesaian masalah para pelajar di peringkat kampus dan kebangsaan telah berjaya disuarakan dan diselesaikan dengan baik dan mendokong aspirasi kepimpinan negara.
  4. Oleh yang demikian, sekali lagi dengan berpaksikan aspirasi kepimpinan Kerajaan Malaysia, saya menyeru dan memohon kepada para pelajar agar melaksanakan tanggungjawab anda dalam Proses Pemilihan MPP tahun ini dengan baik dan demokrasi.
  5.  Hal ini penting demi kesinambungan kepimpinan MPP yang berikutnya dan suara para pelajar berjaya disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi negara sepertimana yang telah dilakukan oleh MPP IPTA sesi 2009/2010 yang lalu.
  6. Dengan semangat 1Malaysia, saya menyeru agar para pelajar memilih MPP di IPTA masing-masing dengan sebaik mungkin dan yang paling penting, biarlah MPP tersebut mampu membawa suara anda ke peringkat tertinggi dan berjaya diselesaikan tanpa sebarang kekecohan dan provokasi.
  7. Selamat maju jaya dan terima kasih kepada bekas-bekas MPP sesi 2009/2010 dan selamat memilih yang terbaik untuk barisan MPP baru yang akan datang.
Ikhlas Daripada;
Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Aktikal di atas diambil dari laman web ini.
    

Tuesday, February 15, 2011

Tong Sampah......

Pelik...
Dulu ada saja tong sampah di tempat menunggu bas dan di cafe...
Tapi sekarang tong-tong tersebut hilang.
Mungkin tong-tong sampah tersebut boleh berjalan.
Biasa la tak tahan dengan bau sampah.
Lalu tong-tong tersebut melarikan diri.
Sembunyi bagi pelajar tidak lagi membuang sampah ke dalam mereka.
Jangan ambil hati tetapi fikir-fikirkan.
Kepada MPP yang bakal dilantik.
Sila pastikan perkara-perkara kecil macam ini tidak dibesarkan.
Jangan nanti pelajar dipersalahkan UTeM kotor...

Wednesday, February 9, 2011

Bas oh Bas.....

Tahniah...
Perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak UTeM semakin hari semakin memuaskan hati semua pihak..
Tetapi ada satu perkara yang masih tak berubah...
Perkhidmatan bas ulang-alik dari Kolej Kediaman Murni ke Kampus Induk..
  • Pemandu bas tidak menepati masa, sebagai contoh dalam jadual ditulis jam 8.00 pagi tetapi jam 8.20 baru sampai. Kemungkinan pelajar lewat ke kelas tinggi.
  • Pemandu bas sering marah-marah, tidak mesra dengan pelajar. Rosakkan mood pelajar pagi-pagi.
Saya tahu jalan ke Kolej Kediaman tersebut adalah jalan taman perumahan jadi sukar dimasuki oleh bas tetapi tak perlulah hendak marahkan pelajar, pelajar tidak bersalah dalam hal tersebut. Saya ada juga mendengar bahawa pemandu bas sering mengelak untuk membawa pelajar yang tinggal di kolej kediaman tersebut. Saya harap masalah dalaman sebegini dapat di selesai dengan secepat mungkin. Yuran perkhidmatan sudah dibayar tetaoi perkhidmatan tidak memuaskan.

Harga Makanan Di Kampus....

Sejak akhir-akhir ini, saya dapati ada sesuatu yang tidak memuaskan hati pelajar-pelajar di Kampus Induk..
Dan saya sendiri dapat merasakan bebannya, tiap kali membeli makanan saya dapati harga makanan meningkat.
Seperti semester sebelumnya, nasi ditambah dengan 2 jenis sayur harganya sekitar RM 2.50, tetapi apabila saya membeli dengan jumlah dan jenis yang sama harganya meningkat sehingga RM 3.00. Harga yang naik sebanyak RM 0.50 mungkin disebabkan kuantiti yang diambil,

Tapi ini bukan cerita tentang saya tetapi pelajar lain.... 
Biar saya letakkan detailnya.....

Nasi dan tiga jenis sayur.
Dan ini apa yang ditulis oleh beliau...

Pengusaha makanan: Kafe Pelajar 2 (menghadap pusat komputer, sebelah kanan)
Nasi, terung, bendi, bayam...
RM5.00, percaya tak?
Lagipun, layanan teruk:Dialog (lebih kurang...x ingat semua lah...)
{Saya: Berapa? RM5.50?Mahallah, semua sayur, x de daging tau?
Pengusaha: Dik, kau ingat sayur skrg mural ke? Hah...???!!!!!!
Saya: Tiga sayur, RM5.50? Kalau RM3.50, saya masih boleh terima.
Pengusaha: (Menunjuk terung) Ini satu kilo pun enam riggit tau? Bukannya murah...
Saya: Okok....sekali lagi, berapa? (nak tahu harga muktamad)Pengusaha: RM5.00 dah!!
Saya: ....

Sudah MELAMPAU lah!!
Saya nak buat aduan, tapi tak ade borang....
Kepada pihak yg berkenaan (terutamanya ahli MPP), sila sentiasa pastikan borang2 disediakan.

Kekadang saya tertanya-tanya, jika ingin menarik keuntungan peniaga selalunya akan meletakkan harga yang berpatutan tambahan pula pelangannya adalah pelajar. Saya amat berharap agar pihak yang berkenaan supaya mengambil tindakkan, jika hendak menjual sama dengan harga di luar kampus juallah di luar kampus kenapa hendak dijual didalam kampus.
Dan jika perkara ini diambil mudah oleh pihak UTeM, kita sebagai pelajar perlu bertindak dengan kuasa penguna yang ada pada kita, boikot penguasaha tersebut.

Larangan Terhadap Apa-apa Aktiviti di Parlimen Merlimau

NOTIS LARANGAN

Diingatkan kepada semua pelajar agar TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM SEBARANG AKTIVITI POLITIK berdasarkan Seksyen 2.3 Kebajikan dan Hak Asasi Pelajar Universiti, Sub Seksyen 2.3.1 Kebebasan Berpersatuan Para (b)(i), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 iaitu :-

"(b) Pindaan kepada akta ini akan membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada di dalam atau luar negara. Walau bagaimanapun, pelajar adalah dilarang untuk terlibat dengan entiti-entiti berikut :

(i) Parti politik, sama ada di dalam atau luar negara"

Sehubungan dengan itu, PELAJAR DILARANG MENGANJURKAN SEBARANG AKTIVITI DI KAWASAN DUN MERLIMAU/PARLIMEN JASIN, MELAKA DARI 26 FEBRUARI HINGGAN 6 MAC 2011. PELAJAR YANG INGKAR BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN YANG SEWAJARNYA DI BAWAH AKTA YANG SAMA.

Sekian terima kasih.

~Dimensi Baru Kepimpinan UTeM~
MPP 2009/2010

Sunday, February 6, 2011

Selamat Kembali Ke UTeM....

Cuti pertengahan semester sudah sampai ke penghujungnya, tinggal beberapa jam saja lagi kita akan kembali ke kelas seperti biasa. Pembukaan penggal kedua bagi semester ini akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pelbagai pihak....

Perkara pertama adalah Kempen Derma Darah Anjuran Klinik Pelajar UTeM dengan Kerjasama Pusat Perkhidmatan Darah Hospital Melaka. Akan bertempat di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) mulai esok dan berakhir lusa dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.


Dan pada 14 Februari ini pula perletakkan jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dan perlantikkan baru bagi Majlis Perwakilan Pelajar akan diaadakan pada 21 Februari.


Setakat ini saja yang saya tahu, jika saya memdapat apa-apa maklumat saya akan maklumkan...


Thursday, February 3, 2011

Latihan industri pastikan graduan miliki kebolehpasaran

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) amat berharap satu hari nanti, dasar mewajibkan pelajar mengikuti latihan industri seperti yang ada sekarang diiringi dengan dasar mewajibkan industri menyediakan tempat latihan untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti di negara maju. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) misalnya boleh menerajui usaha ini sebelum diperluas kepada industri lain.

Seiring dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dasar mahupun penganjuran program kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan adalah selari dengan pendekatan kerajaan untuk mendahulukan rakyat.

Bagi 2009 saja, seramai 30,290 orang atau 43.3 peratus daripada graduan IPT menyertai sektor swasta, sekali gus menjadikan sektor terbabit sebagai penerima terbesar bakat IPT dalam negara. Perkembangan ini pastinya seiring dengan harapan Perdana Menteri melihat sektor swasta menjadi peneraju utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

Isu kebolehdapatan pekerjaan (graduate employment) di kalangan graduan adalah satu cabaran yang diberi perhatian berat oleh kerajaan dan kementerian khususnya. Setiap tahun dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang dari IPT seluruh negara akan menamatkan pengajian mereka.

Daripada jumlah itu, 72,000 atau 36 peratus adalah graduan lelaki dan 128,000 pula atau 64 peratus, graduan perempuan. Kita juga memiliki statistik bahawa 418,000 rakyat Malaysia yang menganggur pada 2009 dan daripada jumlah itu, seramai 41,514 atau 9.93 peratus adalah graduan baru dan 22,640 atau 5.14 peratus terdiri daripada graduan yang memiliki ijazah pertama.

Perkembangan ini juga memperkukuhkan iltizam kementerian untuk meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau K3G kelima baru-baru ini. Karnival yang dilaksanakan sejak 2006 itu adalah antara usaha kementerian membantu graduan mendapat maklumat mengenai kerjaya dan keusahawanan di bawah satu bumbung.

Untuk Karnival K3G tahun ini, sebanyak hampir 500 syarikat daripada pelbagai agensi kerajaan, GLC, MNC, dan PKS turut terbabit dengan lebih 15,800 jawatan kosong ditawarkan. Apa yang menarik, ada empat syarikat mengeluarkan surat tawaran kerja serta-merta kepada seramai 23 graduan pada majlis pelancaran 15 Mei lalu.

Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan untuk mendapat pekerjaan di kalangan graduan hari ini semakin sengit dan kompetitif. Maka untuk berdepan dengan soal ini, kementerian mengambil langkah memastikan setiap graduan memiliki kebolehpasaran (graduate employability) yang tinggi.
Matlamat kebolehpasaran ini meliputi usaha bagi membina upaya graduan agar berjaya untuk mendapat pekerjaan, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kerjaya mereka, sekali gus memiliki nilai dan ciri-ciri yang dikehendaki industri, sejajar dengan keperluan abad ke-21.

Bagi memantap dan meningkatkan keberkesanan usaha ini secara strategik, kementerian melancarkan Dasar Latihan Industri dan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT baru-baru ini. Melalui Dasar Latihan Industri IPT, ia mewajibkan pelajar menghadiri latihan industri sebelum mereka menamatkan pengajian bagi memberi pendedahan dan membiasakan diri mereka ke alam pekerjaan.

Selain itu, Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pula bertujuan melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri. Kewujudan usahawan di kalangan graduan yang berilmu dan berkemahiran tinggi ini pastinya menyumbang kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Melalui Unit Keusahawanan di kementerian dan di IPT sendiri, sistem pengajian tinggi kini dinilai semula bagi menggalakkan kewujudan usahawan daripada kalangan graduan. Di sini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM20 juta bagi pembangunan keusahawanan di IPT.

KPT mengakui, cabaran melahirkan usahawan graduan ini adalah tinggi. Pada 2009, misalnya hanya 1.5 peratus graduan mengambil laluan kerjaya sebagai usahawan berbanding dengan United Kingdom yang mencatatkan seramai 13 peratus.
Dasar keusahawanan ini juga meliputi usaha untuk menerap nilai, budaya dan pemikiran usahawan seperti inovatif, kemampuan menyelesaikan masalah, berdaya maju, berdaya tahan, berdaya saing dan semangat kerja berpasukan di kalangan graduan. Dengan memiliki ciri-ciri ini, diharapkan graduan walaupun sebagai pekerja, akan mampu menjayakan syarikat untuk berdepan sebarang cabaran dan persaingan, seterusnya membolehkan syarikat terus kekal dan maju.

Saya percaya bahawa KPT sudah menyediakan landasan tepat untuk menguruskan isu kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan. Malah dalam hal ini, pihak kementerian menetapkan masa selama setahun sebagai tempoh penyerapan bagi graduan memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar.
Dengan mengambil kira tempoh penyerapan ini, Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat kementerian pada 2009 menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan berbanding 41,514 atau 26.7 peratus graduan baru yang masih belum bekerja.

Daripada kajian itu juga, menunjukkan berlakunya penurunan jumlah pengangguran dalam masa setahun selepas menamatkan pengajian bagi graduan di negara kita. Di negara lain seperti Australia, tempoh penyerapan kerja graduan mereka memakan masa sehingga dua tahun.

Saya percaya, melalui program seumpama ini, rata-rata graduan akan mendapat manfaat terutama dalam situasi persaingan mendapatkan pekerjaan yang semakin sengit dan kompetitif masa kini. Ia juga sekali gus akan menerus dan mengekalkan peranan IPT untuk membekalkan bakat terbaik bagi kepentingan strategik negara terutama untuk mencapai matlamat ekonomi negara berstatus maju berteraskan MBE.

Artikal diambil dari khaled nordin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...