Perkara ini mungkin sudah lama atau lapuk tapi jika berterusan pasti menyusahkan pelajar...
Perkhidmatan Wifi dikolej kediaman.
- Apabila kawan sekelas saya datang ke bilik, dia menyatakan bahawa internet di bilik saya berfungsi dengan agak elok.
- Apabila saya bertanya kepadanya kenapa?
- Dia menjawab dibiliknya tidak memdapat liputan wifi.
- Perkara ini berlaku di Emerald Park.
- Yang menjadi persoalannya kenapa ada bilik-bilik tertentu tidak memdapat perkhidmatan ini, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan MMU dan yang tinggal di tingkat paling atas dikolej kediaman. Dah la tinggal paling jauh tetapi perkhidmatan sangat tidak memuaskan.
- Mereka membayar harga yuran perkhidmatan yang sama dengan kami tetapi kenapa mereka tidak memdapat perkhidmatan yang sama. Dimanakah keadilan....
- Saya berharap mereka dapat merasa apa yang kami dapat.
- Saya rasa dikolej kediaman lain juga mengalami masalah yang sama.
- Dan saya perlukan perjelasan.
Perkhidmatan bas dari kolej kediaman Murni....
- Pada siang harinya perkhidmatan ini berjalan dengan lancar diambil di kolej kediaman dan dihantar jugak di kolej kediaman...
- Tetapi disebelah malam, saya dapati pemandu bas hanya menghantar pelajar dibahu jalan berdekatan dekat Ixora dimana tempat ini agak jauh dari kolej kediaman.
- Disini menunjukkan perkhidmatan sudah tidak memuaskan dan siapa pula akan bertanggungjawab keselamatan pelajar dalam pejalanan dari Ixora ke kolej kediaman.
- Minta penjelasan.
No comments:
Post a Comment