Total Pageviews

Friday, January 28, 2011

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan
.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tarikh Perayaan

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.










Sejarah.

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年 ), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Maklumat diambil dari wikipedia....

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Perasan tak perasan sudah sebuah kita berada di semester baru kini kita akan bercuti semester selama seminggu.
Jadi saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan baik-baik dalam perjalanan.
Dalam pada masa yang sama kaum cina di seluruh dunia bakal menyambut tahun baru cina iaitu tahun arnab.
Jadi saya dengan besar hati mengucapkan selamat Tahun Baru Cina.

Saturday, January 22, 2011

Lupa, Lupa dan Lupa..

Sebagai seorang pelajar sudah tentu kita perlu mengingati pelbagai teori dan rumus-rumus serta cara pengiraan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi kat sini aku nak kongsi yang perkara-perkara mampu kuatkan minda dan ingatan serta perkara-perkara yang patut ditinggalkan....

Perkara yang mampu tingkatkan ingatan..

-Selalu makan buah manisan seperti kurma (sunah nabi).
-Selalu makan makanan yang panas-panas.
-Selalu memakan kekacang seperti badam dan lain2 (tidak digalakkan memakan kacang soya)
-Selalu minum air masak
-Selalu makan ulam-ulaman
-Selalu mengamalkan pandangan hijau (tumbuh-tumbuhan bukan perempuan yang pakai baju hijau)
-Selalu bersenam (Taman Botanikal dekat ja, petang-petang pi la joging)
-Selau menggunakan berimajenasi otak (jangan berfikir perkara yang tak elok pulak)
-Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum
-Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

 Perkara yang perlu ditinggalkan

-Jangan ego
-Jangan dengki pada orang lain
-Jangan makan dari sumber yang tidak halal
-Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
-Jangan makan makanan yang ada pewarna
-Jangan makan makanan yang ada pengawet
-Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
-Jangan mandi selepas 9.00 malam

Perkara yang perlu dikurangkan

-Kurangkan makan bawang besar
-Kurangkan makan berempah
-Kurangkan makan ketumbar kering
-Kurangkan menonton hiburan
-Kurangkan membaca majalah hiburan
-Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
-Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
-Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
-Jangan makan kepala ikan
-Jangan minum air yang ada semut
-Jangan tidur selepas subuh
-Jangan tidur selepas asar
-Jangan tidur selepas makan
-Jangan makan terlalu kenyang
-Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
-Jangan menyapu rumah pada waktu malam
-Jangan makan yang masam-masam berlebihan
-Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
-Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

sebenarnya ada  banyak lagi petua-petua tapi aku malas nak tulis kat sini dan kalau aku tulis semua pun bukan korang nak ikut semua...
Tapi kalau nak juga mesej aku...........

Thursday, January 20, 2011

Wacana Pemikir Muda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

 
Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri diiringi Ketua Menteri Melaka. menuju ke kerata untuk berangkat pulang ke tempat penginapan.
Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada UTeM dan MPP UTeM kerana berjaya menjadi tuan rumah kepada majlis yang begitu besar dan bermakna buat para pelajar serta dapat memastikan masjis berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Majlis seperti ini mampu untuk mengangkat UTeM setapak lebih maju dari sebelumnya. Sekali lagi, tahniah UTeM.

Majlis bermula tepat jam 0806 dengan pendaftaran para pelajar UTeM yang menghadirkan diri di Dewan Besar UTeM di Durian Tunggal. Manakala ketibaan tetamu-tetamu adalah tepat pada masa yang ditetapkan iaitu pada jam 0900. Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri diiringi oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. 

Tepat jam 0928 hingga jam 1129, Yang Berbahagia Tun memberi ucapan mengenai pemikir muda. Beliau berkata satu bangsa yang budayanya mengutamakan displin diri dan bertanggungjawab adalah satu bangsa yang maju. Majunya sebuah negara bukan terletak pada hasil perkapitanya tetapi pada nilai hidup yang tinggi di kalangan masyarakatnya.

Selepas tamatnya ucapan dari Yang Berbahagia Tun, sesi soal jawab dimulakan dengan pembukaan lima soalan pertama dijawab secara terus oleh Yang Berbahagia Tun dan yang lain akan dijawab di d lam blog beliau. Selepas itu berlangsunglah majlis perasmian Persatuan Pemikir Muda oleh Yang Berbahagia Tun serta penyampaian cenderamata.

Disebalik maljis yang gilang-gemilang itu terdapat beberapa kekurangan yang jelas dari tuan rumah. Antaranya:
  1.  Tempat duduk yang tidak mencukupi sehingga pengunjur-pengunjur dari luar terpaksa duduk diatas lantai. Ini sesuatu yang memalukan sebagai tuan rumah, sepatutnya pihak tuan rumah berwaspada dan menyediakan payung yang secukupnya sebelum jatuhnya hujan.
  2. Susunan pengunjung yang tidak teratur. Sepatutnya pelajar-pelajar sekolah diletakkan khas di satu kawasan dan peserta-peserta PLKN juga diletakkan pada satu tempat.
  3. Satu yang amat mengecewakan pelajar UTeM sendiri, mereka tiada tempat khas untuk duduk. Ada antaranya yang duduk di atas lantai dan ada yang duduk di atas tangga.
Sebagai kata akhir dari saya, saya berharap UTeM dapat memperbaiki atur cara majlis supaya ia berjalan dengan lebih lancar.

Wednesday, January 19, 2011

Cuti Semester selama 4 Bulan?

Sekarang ini heboh mengenai cuti selama empat bulan di akhir semester ini.
Ya. Ya. Ya...Kita akan cuti tapi bukan empat bulan.

Banyak kekeliruan yang berlaku mengenai sesi pengajian 2011/2012 bermula pada bulan 9. Sebenarnya kita tidak akan bercuti sehingga bulan 9 pada tahun ini. Pendaftaran bagi pelajar baru pada tahun ini adalah pada 25 Julai ini dan kemasukan semula bagi pelajar lama adalah mengikut kehendak universiti. Tetapi ingat saya nyatakan disini, penyalarasan akan dilakukan secara berperingkat dan akan berakhir pada sesi 2013/2014 dan pada tahun 2013/2014 itulah bermulanya pada bulan 9.

Disini aku nyatakan bahawa pada sesi 2012/2013, pengambilan pelajar baru telah diletakkan pada 13 ogos dan pelajar lama pada 20 ogos. Bagi tahun 2013/2014, pengambilan pelajar bagi bermula pada 2 september dan pelajar lama pada 9 september...

Disini saya nyatakan link yang dimuat turun didalam blog Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

Tuesday, January 18, 2011

Rokok dan Pelajar UTeM

Assalammualaikum sebagai pembuka bicara.

Kali ini saya tidak akan menceritakan apa-apa masalah yang berlaku di kampus, walaupun ada yang tidak mencukupi tetapi tetap menjadi tempat untuk kita menimba ilmu dan pengalaman. Sesetengah masalah yang dialami oleh pelajar tidak dalam sesi pembelajaran di kampus tidak semua datang dari pihak pentadbiran saja. Ada setengah masalah itu datang dari pelajar sendiri seperti bangun lambat, kurang mengulangkaji dan pelbagai lagi.

Tapi masalah yang saya ingin bentangkan kali ini datang dari pelajar lain terus kepada pelajar lain. Rokok.
Telah menjadi perkara biasa jika anda seorang pelajar lelaki pergi ke tandas dan ada yang merokok di dalam tandas tersebut. Selalunya pelajar yang merokok tidak akan merokok berseorang dalam tandas tetapi berkumpulan dan mereka merokok dalam kelas adalah selepas tamat satu sesi kelas.Dapat kita semua lihat, puntung rokok dan kotak-kotaknya bertaburan di tepi tandas, terutamanya di tepi tingkap tandas.

Apabila ada satu kumpulan pelajar merokok dalam tandas pastinya akan menganggu pelajar-pelajar lain yang ingin membuang air kecil atau air besar. Selain daripada menganggu keselesaan pelajar lain, perokok-perokok ini juga menambah risiko kepada pelajar lain yang singgah untuk membuang air untuk mendapat penyakit-penyakit yang kritikal seperti barah paru-paru.

Di sini saya ingin menyatakan sedikit sebanyak kesan-kesan merokok pada tahap yang kritikal. Khas saya tujukan kepada semua perokok yang merokok di dalam kawasan larangan merokok tidak kiralah pelajar atau sebaliknya.

CO, Tar, dan Nikotin tersebut berpengaruh terhadap syaraf yang menyebabkan :
  1. Gelisah, tangan gemetar (tremor).
  2. Selera makan berkurang. 
  3. Keguguran.
Tar dan Asap Rokok
  1. Batuk-batuk dan sesak nafas
  2. barah mulut dan barah paru-paru
Nikotin
  1. Berdebar-debar. 
  2. Tekanan darah meningkat serta kadar cholesterol dalam darah.
Sebenarnya, banyak lagi kesan-kesan merokok yang lebih buruk dan lebih teruk dari yang dinyatakan diatas tetapi saya hanya menyatakan sedikit daripadanya.
Disini saya sertakan beberapa link untuk yang ingin berhenti merokok..

Saturday, January 15, 2011

Lagi-lagi Masalah PERKHIDMATAN

Sukar sebenarnya saya untuk menulis apa-apa aktikal dalam blog ini tetapi disebabkan rasa tanggungjawab dan mesej yang dihantar oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta saya meneruskan blog ini jadi saya teruskan blog ini....
Perkara ini mungkin sudah lama atau lapuk tapi jika berterusan pasti menyusahkan pelajar...

Perkhidmatan Wifi dikolej kediaman.
  •  Apabila kawan sekelas saya datang ke bilik, dia menyatakan bahawa internet di bilik saya berfungsi dengan agak elok.
  • Apabila saya bertanya kepadanya kenapa?
  • Dia menjawab dibiliknya tidak memdapat liputan wifi.
  • Perkara ini berlaku di Emerald Park.
  • Yang menjadi persoalannya kenapa ada bilik-bilik tertentu tidak memdapat perkhidmatan ini, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan MMU dan yang tinggal di tingkat paling atas dikolej kediaman. Dah la tinggal paling jauh tetapi perkhidmatan sangat tidak memuaskan.
  • Mereka membayar harga yuran perkhidmatan yang sama dengan kami tetapi kenapa mereka tidak memdapat perkhidmatan yang sama. Dimanakah keadilan....
  • Saya berharap mereka dapat merasa apa yang kami dapat.
  • Saya rasa dikolej kediaman lain juga mengalami masalah yang sama.
  • Dan saya perlukan perjelasan.
Perkhidmatan bas dari kolej kediaman Murni....
  • Pada siang harinya perkhidmatan ini berjalan dengan lancar diambil di kolej kediaman dan dihantar jugak di kolej kediaman...
  • Tetapi disebelah malam, saya dapati pemandu bas hanya menghantar pelajar dibahu jalan berdekatan dekat Ixora dimana tempat ini agak jauh dari kolej kediaman.
  • Disini menunjukkan perkhidmatan sudah tidak memuaskan dan siapa pula akan bertanggungjawab keselamatan pelajar dalam pejalanan dari Ixora ke kolej kediaman.
  • Minta penjelasan.

Sunday, January 9, 2011

RM 140 untuk perkhidmatan apa?

Bagi pelajar UTeM sedia maklum dengan yuran perkhidmatan RM 140 yang ada dalam senarai yuran yang perlu dibayar oleh pelajar..
Tetapi, yuran perkhidmatan, untuk perkhidmatan apa?
Jika ingin dikatakan bas? Perkhidmatan Bas yang disediakan UTeM tidak memuaskan. Bas ulang alik dari kampus ke kolej kediaman tidak dapat menepati jadual waktu pelajar.
Kelas mula jam 11 pagi tapi bas terakhir diwaktu pagi adalah jam 9... 3 jam hilang begitu saja.
Pelajar yang menaiki kenderaan sendiri pula bagaimana?
Jika hendak dikatakan perkhidmatan wifi. Wifi di kolej kediaman selalu limited access ja.. nak buka google pun susah..
Bagaimana mana pula bagi pelajar yang menetap di luar kolej kediaman.. tiada perkhidmatan bas, tiada juga perkidmatan Wifi...takkan jumpa dengan kerani-kerani di HEPA dan Bendehari pun kena bayar...
Kata HEPA yuran perkhidmatan untuk bas dan bila ditanya bagi yang tidak menaiki bas dijawab dengan keras " kenapa tidak naik bas?".
Bagaimana hendak menaiki bas jika perkhidmatan bas begitu teruk dan bagaimana pelajar yang tinggal di luar kolej kediaman hendak menaiki bas?
Kepada pihak UTeM, kami mahukan penjelasan kemana hilangnya RM 140 yang kami bayar sebagai yuran perkhidmatan?

Pengaruh kenaikan harga barang kepada pelajar...

Pertama sekali saya ingin meminta banyak-banyak minta maaf kerana tidak dapat update apa-apa dalam blog ini. Perkara ini berlaku bukan kerana tiada isu tapi kemudahan internet yang disediakan pihak UTeM tidak memuaskan hati. Untuk membuka google pun kekadang tak dapat.( limit access ja memanjang )

Mengenai harga barang.
  • Harga minyak naik, harga barang naik. Satu kesimpulan yg dipersetujui ramai.
  • Harga barang naik, harga makanan naik. Sarapan (RM 3-4), Tengah hari (RM 5-7), malam (RM 4-6)
  • Apabila harga makanan naik, pelajar perlu membelanja banyak utk membeli makanan.
  • Tapi bagaimana dengan duit untuk membeli buku, alat tulis?
  • Purata pengunaan wang utk makanan adalah RM 14.
  • RM 14 x 7 seminggu x 28 minggu pembelajaran = RM 2744..
  • ok JPA bagi yang penuh RM 4500 - RM 1000( yuran pengajian) - RM 500 (asrama ) = RM 3000
  • RM 3000 - RM 2744 =  RM 256..
  • Dengan RM 256 pasti tidak mencukupi untuk pelajar membeli alat tulis dan buku-buku sepanjang satu semester...
  • Itu bagi yg mendapat JPA, bagaimana yg hanya mendapat PTPTN yg RM 1000 lebih kurang?
  • Bagi yang mengunakan kenderaan sendiri? servis kenderaan dan minyak? 
berikut adalah link kepada aktikal mengenai kenaikan harga barang
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30244:kenaikan-harga-barangan-runcit-tidak-terkawal&catid=1:utama&Itemid=50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...