Total Pageviews

Wednesday, February 2, 2011

Krisis di Mesir dan Operasi Piramid

Sejak bermulanya bantahan besar-besaran pada 25 Januari lalu yang menggesa penyikiran Mubarak, sudah mengambil nyawa kira-kira 300 orang dan 3000 orang yang lain cedera...
Di sini aku takkan cerita mengenai apa yang berlaku di Mesir dan apa krisis yang berlaku tetapi mengenai keadaan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Demi keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di sana, Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan Kerajaan Indonesia telah membuat satu operasi yang dinamakan operasi piramid untuk membawa pulang rakyat kita yang masih berada di Mesir pulang ke tanah air. Semoga operasi ini berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan kita yang mungkin ada disana.

Dalam operasi yang diketuai oleh Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Duad, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia serta KD Bunga Mas 5 TLDM. C130 Hercules berulang-alik menghantar rakyat kita ke Jeddah sebelum dihantar pulang pulang ke Malaysia. TUDM berharap dapat melakukan sembilan sehingga sepuluh penerbangan dalam sehari untuk mengeluarkan rakyat kita terus ke Jeddah.

Dalam pada masa yang sama, sebanyak 20 tan bekalan makanan akan dibawa ke Kaherah, Mesir untuk diagihkan kepada rakyat kita disana. Bekalan makanan itu akan dibawa menggunakan pesawat AirAsia A320 yang juga akan melakukan penerbangan ihsan dalam misi mengeluarkan rakyat kita dari negari itu.

Di sini aku nak kata, kepada ibu bapa dan keluarga pelajar atau rakyak kita yang ada disana berbanyaklah kita berdoa agar operasi dan misi akan berjaya dan semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Maklumat diambil dari Berita Harian yang bertarikh 3 Februari 2011 dari muka surat satu hingga tujuh.
Kesilapan amat dikesali...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...