Sejak akhir-akhir ini, saya dapati ada sesuatu yang tidak memuaskan hati pelajar-pelajar di Kampus Induk..
Dan saya sendiri dapat merasakan bebannya, tiap kali membeli makanan saya dapati harga makanan meningkat.
Seperti semester sebelumnya, nasi ditambah dengan 2 jenis sayur harganya sekitar RM 2.50, tetapi apabila saya membeli dengan jumlah dan jenis yang sama harganya meningkat sehingga RM 3.00. Harga yang naik sebanyak RM 0.50 mungkin disebabkan kuantiti yang diambil,
Tapi ini bukan cerita tentang saya tetapi pelajar lain....
Biar saya letakkan detailnya.....
Nasi dan tiga jenis sayur. |
Dan ini apa yang ditulis oleh beliau...
Pengusaha makanan: Kafe Pelajar 2 (menghadap pusat komputer, sebelah kanan)
Nasi, terung, bendi, bayam...
RM5.00, percaya tak?
Lagipun, layanan teruk:Dialog (lebih kurang...x ingat semua lah...)
{Saya: Berapa? RM5.50?Mahallah, semua sayur, x de daging tau?
Pengusaha: Dik, kau ingat sayur skrg mural ke? Hah...???!!!!!!
Saya: Tiga sayur, RM5.50? Kalau RM3.50, saya masih boleh terima.
Pengusaha: (Menunjuk terung) Ini satu kilo pun enam riggit tau? Bukannya murah...
Saya: Okok....sekali lagi, berapa? (nak tahu harga muktamad)Pengusaha: RM5.00 dah!!
Saya: ....
Sudah MELAMPAU lah!!
Saya nak buat aduan, tapi tak ade borang....
Kepada pihak yg berkenaan (terutamanya ahli MPP), sila sentiasa pastikan borang2 disediakan.
Kekadang saya tertanya-tanya, jika ingin menarik keuntungan peniaga selalunya akan meletakkan harga yang berpatutan tambahan pula pelangannya adalah pelajar. Saya amat berharap agar pihak yang berkenaan supaya mengambil tindakkan, jika hendak menjual sama dengan harga di luar kampus juallah di luar kampus kenapa hendak dijual didalam kampus.
Dan jika perkara ini diambil mudah oleh pihak UTeM, kita sebagai pelajar perlu bertindak dengan kuasa penguna yang ada pada kita, boikot penguasaha tersebut.
perkara nie macam dah lama je...berulang lagikah...sebab gambar ini gambar lama yang diambil di facebook MPP UTeM 09/10...aduan daripada pihak MPP telah dilakukan...dan tindakan telah diambil...sekiranya berlaku lagi...segeralah laporkan kepada MPP UTeM 10/11 yang baru nanti ...
ReplyDelete