- Saya dengan penuh rasa gembira dan bangga, ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2009/2010 yang telah dibubarkan baru-baru ini.
- Sesungguhnya, tanggungjawab yang dipikul oleh kalian adalah cukup besar dan memberi impak yang besar kepada pembangunan pelajar di setiap kampus masing-masing.
- Saya bangga dan gembira dengan MPP IPTA bagi sesi 2009/2010 ini kerana sepanjang khidmat bakti kalian sebagai MPP, pelbagai aktiviti dan penyelesaian masalah para pelajar di peringkat kampus dan kebangsaan telah berjaya disuarakan dan diselesaikan dengan baik dan mendokong aspirasi kepimpinan negara.
- Oleh yang demikian, sekali lagi dengan berpaksikan aspirasi kepimpinan Kerajaan Malaysia, saya menyeru dan memohon kepada para pelajar agar melaksanakan tanggungjawab anda dalam Proses Pemilihan MPP tahun ini dengan baik dan demokrasi.
- Hal ini penting demi kesinambungan kepimpinan MPP yang berikutnya dan suara para pelajar berjaya disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi negara sepertimana yang telah dilakukan oleh MPP IPTA sesi 2009/2010 yang lalu.
- Dengan semangat 1Malaysia, saya menyeru agar para pelajar memilih MPP di IPTA masing-masing dengan sebaik mungkin dan yang paling penting, biarlah MPP tersebut mampu membawa suara anda ke peringkat tertinggi dan berjaya diselesaikan tanpa sebarang kekecohan dan provokasi.
- Selamat maju jaya dan terima kasih kepada bekas-bekas MPP sesi 2009/2010 dan selamat memilih yang terbaik untuk barisan MPP baru yang akan datang.
Ikhlas Daripada;
Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Aktikal di atas diambil dari laman web ini.
Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Aktikal di atas diambil dari laman web ini.