Melalui PEMERHATIAN saya, ada beberapa perkara yang menyebabkan siswa-siswi merasa TIDAK PUAS HATI dengan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak pengurusan UTeM...
· Pada waktu puncak, bilangan bas yang tiba masih SAMA dengan waktu-waktu lain.
o WAKTU PUNCAK adalah pada Jam 7-8 pagi dan Jam 4-6 petang..
o Waktu ini adalah waktu utama pelajar pergi dan pulang dari kelas..
o Pada waktu lain seperti Jam 1-3 petang, banyak bas yang tiba, kadang-kadang, kelihatan bas bergerak tanpa penumpang..
· Jadual Bas…..
o Jika dilihat kembali, waktu pagi, bas yang terakhir adalah pada jam 9…
o Oleh itu, ramai mahasiswa akan memilih untuk menaiki bas pada jam 7-8 pagi, sehingga menyebabkan berlaku kesesakan walaupun ada sesetengah kelas bermula pada jam 10 atau 11. Ini kerana, mereka khuatir akan ketinggalan bas..
o Pada sebelah malam pula bas terakhir dari kolej kediaman adalah pada jam 7..
o Pada masa tersebut pelajar yang sedang melakukan persiapan diri, terutamanya pelajar yang beragama Islam, selalu ketinggalan..
· Pelajar FPTT..
o Saya mendapat tahu bahawa bas dari Kampus Bandar ke Kampus Induk hanyalah SEKALI DALAM TEMPOH SEMINGGU iaitu pada hari Rabu, jam 1 dari kampus dan jam 2 dari kolej kediaman..
o Ini boleh meyebabkan pelajar FPTT ketinggalan dalam semua aktiviti luar dan kokurikulum yang dilaksanakan pada hampir setiap malam di Kampus Induk..
Saya amat berharap dan menyeru agar perkhidmatan bas ini dapat disesuaikan dengan keadaan dan masa..
No comments:
Post a Comment