Pernahkah anda terpaksa menunggu ketibaan bas UTeM selama berjam-jam?
Saya sangat yakin bahawa semua mahasiswa UTeM yang tidak mempunyai kenderaan untuk ulang alik ke kampus TERPAKSA melaluinya.
Sebagai seorang mahasiswa di sini, yang bergantung sepenuhnya pada perkhidmatan bas, saya juga selalu merasa KEPERITANNYA.
Cubalah kita semua fikir, terlalu banyak masa yang terbuang ketika menunggu bas, bukankah masa itu sepatutnya dimanfaatkan oleh mahasiswa-mahasiswa untuk melakukan perkara lain yang lebih BERMANFAT ???
Sudah banyak kutukan, maki-hamun dan kritikan yang telah kami lempar secara tidak sedar kepada pihak pentadbiran UTeM.
PERSOALAN UTAMA di sini, ke mana pergi semua bas UTeM sebanyak 23 buah (tidak silap saya) ???
Pihak pentadbiran UTeM, kami merupakan pelajar yang menghargai masa. Masa kami amat amat berharga untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah daripada menunggu, lebih lebih lagi di tengah panas terik, semata-mata hanya untuk menghadiri kelas.
TOLONGLAH, kami GESA pihak pentadbiran UTeM, sila laksanakan satu sistem yang lebih baik untuk MENAIKTARAF PERKHIDMATAN BAS di UTeM, .