Total Pageviews

Wednesday, February 9, 2011

Larangan Terhadap Apa-apa Aktiviti di Parlimen Merlimau

NOTIS LARANGAN

Diingatkan kepada semua pelajar agar TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM SEBARANG AKTIVITI POLITIK berdasarkan Seksyen 2.3 Kebajikan dan Hak Asasi Pelajar Universiti, Sub Seksyen 2.3.1 Kebebasan Berpersatuan Para (b)(i), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 iaitu :-

"(b) Pindaan kepada akta ini akan membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada di dalam atau luar negara. Walau bagaimanapun, pelajar adalah dilarang untuk terlibat dengan entiti-entiti berikut :

(i) Parti politik, sama ada di dalam atau luar negara"

Sehubungan dengan itu, PELAJAR DILARANG MENGANJURKAN SEBARANG AKTIVITI DI KAWASAN DUN MERLIMAU/PARLIMEN JASIN, MELAKA DARI 26 FEBRUARI HINGGAN 6 MAC 2011. PELAJAR YANG INGKAR BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN YANG SEWAJARNYA DI BAWAH AKTA YANG SAMA.

Sekian terima kasih.

~Dimensi Baru Kepimpinan UTeM~
MPP 2009/2010

Sunday, February 6, 2011

Selamat Kembali Ke UTeM....

Cuti pertengahan semester sudah sampai ke penghujungnya, tinggal beberapa jam saja lagi kita akan kembali ke kelas seperti biasa. Pembukaan penggal kedua bagi semester ini akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pelbagai pihak....

Perkara pertama adalah Kempen Derma Darah Anjuran Klinik Pelajar UTeM dengan Kerjasama Pusat Perkhidmatan Darah Hospital Melaka. Akan bertempat di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) mulai esok dan berakhir lusa dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.


Dan pada 14 Februari ini pula perletakkan jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dan perlantikkan baru bagi Majlis Perwakilan Pelajar akan diaadakan pada 21 Februari.


Setakat ini saja yang saya tahu, jika saya memdapat apa-apa maklumat saya akan maklumkan...


Thursday, February 3, 2011

Latihan industri pastikan graduan miliki kebolehpasaran

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) amat berharap satu hari nanti, dasar mewajibkan pelajar mengikuti latihan industri seperti yang ada sekarang diiringi dengan dasar mewajibkan industri menyediakan tempat latihan untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti di negara maju. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) misalnya boleh menerajui usaha ini sebelum diperluas kepada industri lain.

Seiring dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dasar mahupun penganjuran program kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan adalah selari dengan pendekatan kerajaan untuk mendahulukan rakyat.

Bagi 2009 saja, seramai 30,290 orang atau 43.3 peratus daripada graduan IPT menyertai sektor swasta, sekali gus menjadikan sektor terbabit sebagai penerima terbesar bakat IPT dalam negara. Perkembangan ini pastinya seiring dengan harapan Perdana Menteri melihat sektor swasta menjadi peneraju utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

Isu kebolehdapatan pekerjaan (graduate employment) di kalangan graduan adalah satu cabaran yang diberi perhatian berat oleh kerajaan dan kementerian khususnya. Setiap tahun dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang dari IPT seluruh negara akan menamatkan pengajian mereka.

Daripada jumlah itu, 72,000 atau 36 peratus adalah graduan lelaki dan 128,000 pula atau 64 peratus, graduan perempuan. Kita juga memiliki statistik bahawa 418,000 rakyat Malaysia yang menganggur pada 2009 dan daripada jumlah itu, seramai 41,514 atau 9.93 peratus adalah graduan baru dan 22,640 atau 5.14 peratus terdiri daripada graduan yang memiliki ijazah pertama.

Perkembangan ini juga memperkukuhkan iltizam kementerian untuk meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau K3G kelima baru-baru ini. Karnival yang dilaksanakan sejak 2006 itu adalah antara usaha kementerian membantu graduan mendapat maklumat mengenai kerjaya dan keusahawanan di bawah satu bumbung.

Untuk Karnival K3G tahun ini, sebanyak hampir 500 syarikat daripada pelbagai agensi kerajaan, GLC, MNC, dan PKS turut terbabit dengan lebih 15,800 jawatan kosong ditawarkan. Apa yang menarik, ada empat syarikat mengeluarkan surat tawaran kerja serta-merta kepada seramai 23 graduan pada majlis pelancaran 15 Mei lalu.

Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan untuk mendapat pekerjaan di kalangan graduan hari ini semakin sengit dan kompetitif. Maka untuk berdepan dengan soal ini, kementerian mengambil langkah memastikan setiap graduan memiliki kebolehpasaran (graduate employability) yang tinggi.
Matlamat kebolehpasaran ini meliputi usaha bagi membina upaya graduan agar berjaya untuk mendapat pekerjaan, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kerjaya mereka, sekali gus memiliki nilai dan ciri-ciri yang dikehendaki industri, sejajar dengan keperluan abad ke-21.

Bagi memantap dan meningkatkan keberkesanan usaha ini secara strategik, kementerian melancarkan Dasar Latihan Industri dan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT baru-baru ini. Melalui Dasar Latihan Industri IPT, ia mewajibkan pelajar menghadiri latihan industri sebelum mereka menamatkan pengajian bagi memberi pendedahan dan membiasakan diri mereka ke alam pekerjaan.

Selain itu, Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pula bertujuan melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri. Kewujudan usahawan di kalangan graduan yang berilmu dan berkemahiran tinggi ini pastinya menyumbang kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Melalui Unit Keusahawanan di kementerian dan di IPT sendiri, sistem pengajian tinggi kini dinilai semula bagi menggalakkan kewujudan usahawan daripada kalangan graduan. Di sini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM20 juta bagi pembangunan keusahawanan di IPT.

KPT mengakui, cabaran melahirkan usahawan graduan ini adalah tinggi. Pada 2009, misalnya hanya 1.5 peratus graduan mengambil laluan kerjaya sebagai usahawan berbanding dengan United Kingdom yang mencatatkan seramai 13 peratus.
Dasar keusahawanan ini juga meliputi usaha untuk menerap nilai, budaya dan pemikiran usahawan seperti inovatif, kemampuan menyelesaikan masalah, berdaya maju, berdaya tahan, berdaya saing dan semangat kerja berpasukan di kalangan graduan. Dengan memiliki ciri-ciri ini, diharapkan graduan walaupun sebagai pekerja, akan mampu menjayakan syarikat untuk berdepan sebarang cabaran dan persaingan, seterusnya membolehkan syarikat terus kekal dan maju.

Saya percaya bahawa KPT sudah menyediakan landasan tepat untuk menguruskan isu kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan. Malah dalam hal ini, pihak kementerian menetapkan masa selama setahun sebagai tempoh penyerapan bagi graduan memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar.
Dengan mengambil kira tempoh penyerapan ini, Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat kementerian pada 2009 menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan berbanding 41,514 atau 26.7 peratus graduan baru yang masih belum bekerja.

Daripada kajian itu juga, menunjukkan berlakunya penurunan jumlah pengangguran dalam masa setahun selepas menamatkan pengajian bagi graduan di negara kita. Di negara lain seperti Australia, tempoh penyerapan kerja graduan mereka memakan masa sehingga dua tahun.

Saya percaya, melalui program seumpama ini, rata-rata graduan akan mendapat manfaat terutama dalam situasi persaingan mendapatkan pekerjaan yang semakin sengit dan kompetitif masa kini. Ia juga sekali gus akan menerus dan mengekalkan peranan IPT untuk membekalkan bakat terbaik bagi kepentingan strategik negara terutama untuk mencapai matlamat ekonomi negara berstatus maju berteraskan MBE.

Artikal diambil dari khaled nordin

Wednesday, February 2, 2011

Krisis di Mesir dan Operasi Piramid

Sejak bermulanya bantahan besar-besaran pada 25 Januari lalu yang menggesa penyikiran Mubarak, sudah mengambil nyawa kira-kira 300 orang dan 3000 orang yang lain cedera...
Di sini aku takkan cerita mengenai apa yang berlaku di Mesir dan apa krisis yang berlaku tetapi mengenai keadaan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Demi keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di sana, Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan Kerajaan Indonesia telah membuat satu operasi yang dinamakan operasi piramid untuk membawa pulang rakyat kita yang masih berada di Mesir pulang ke tanah air. Semoga operasi ini berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan kita yang mungkin ada disana.

Dalam operasi yang diketuai oleh Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Duad, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia serta KD Bunga Mas 5 TLDM. C130 Hercules berulang-alik menghantar rakyat kita ke Jeddah sebelum dihantar pulang pulang ke Malaysia. TUDM berharap dapat melakukan sembilan sehingga sepuluh penerbangan dalam sehari untuk mengeluarkan rakyat kita terus ke Jeddah.

Dalam pada masa yang sama, sebanyak 20 tan bekalan makanan akan dibawa ke Kaherah, Mesir untuk diagihkan kepada rakyat kita disana. Bekalan makanan itu akan dibawa menggunakan pesawat AirAsia A320 yang juga akan melakukan penerbangan ihsan dalam misi mengeluarkan rakyat kita dari negari itu.

Di sini aku nak kata, kepada ibu bapa dan keluarga pelajar atau rakyak kita yang ada disana berbanyaklah kita berdoa agar operasi dan misi akan berjaya dan semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Maklumat diambil dari Berita Harian yang bertarikh 3 Februari 2011 dari muka surat satu hingga tujuh.
Kesilapan amat dikesali...

Persada

28 hari bulan satu sekitar jam 9.00 malam, aku bertolak dari PPP terus ke UiTM Machang Kelantan. Lebih kurang jam 7.00 pagi kami sampai di UiTM tersebut. Jam 10.00 pagi terus dengan aktiviti dengan anak-anak Felda Kemahang disitu dan keesokan harinya kami bergotong-royong di felda tersebut.

Di sini bukan aku ingin menceritakan aktiviti aku di sana. Tapi aku ingin bertanya. Tahukah kamu apakah itu Persada? Di UTeM sendiri ada Persada yang dinamakan Persada UTeM.

Logo Persada UTeM yg ke-2
Persada adalah Sekretariat Permaufakatan Siswa Siswi Felda iaitu satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga anak-anak Felda di universiti.

Yang menjadi persoalan aku disini kenapa masih ramai anak-anak atau cucu-cucu Felda yang belajar di universiti belum mendaftar disini.
Adakah anda malu kerana anda anak felda? Aku minta janganlah, walaupun aku bukan anak felda tapi aku rasa tak salah untuk menjadi anak felda. Ini kerana anda perlu berbangga dengan ayah atau atuk anda yang sanggup melakukan satu perubahan besar untuk mengubah hidup yang dulunya daif kini anak-anak felda boleh berbangga dengan percapaian yang telah dimiliki.
Disini aku ingin nyatakan kepada anak-anak felda yang berdaftar di dalam Persada terdapat pelbagai faedah yang aku sendiri kekadang cemburu tetapi kata orang rezeki orang lain-lain.

Jadi disini aku seru kepada anak-anak felda di UTeM untuk menyertai Persada UTeM. Aku dapati yang mendapat dibawah Persada UTeM lebih kurang 100 orang sahaja tetapi bilangan anak-anak felda di UTeM ramai mencecah sehingga 800 orang. Mana hilangnya lagi 700 orang itu. Fikir-fikirkanlah.
Sekian.

Friday, January 28, 2011

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan
.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tarikh Perayaan

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.










Sejarah.

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年 ), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Maklumat diambil dari wikipedia....

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Perasan tak perasan sudah sebuah kita berada di semester baru kini kita akan bercuti semester selama seminggu.
Jadi saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan baik-baik dalam perjalanan.
Dalam pada masa yang sama kaum cina di seluruh dunia bakal menyambut tahun baru cina iaitu tahun arnab.
Jadi saya dengan besar hati mengucapkan selamat Tahun Baru Cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...